Politik

Kerajaan ini adalah Kerajaan Keluarga Malaysia – Annuar

KERAJAAN yang mentadbir ketika ini merupakan ‘Kerajaan Keluarga Malaysia’.

Perkara tersebut ditegaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, Keluarga Malaysia bukan sekadar sebuah istilah tetapi lebih daripada itu ia merupakan satu nilai nasional.

Beliau menekankan, nilai Keluarga Malaysia perlu diperkukuh bukan sahaja dari sudut falsafah tetapi juga dalam segenap urusan pentabiran negara.

“Keluarga Malaysia (Malaysian Family) bukan sekadar istillah. Keluarga Malaysia adalah satu sistem nilai,malah kini satu nilai nasional.

“Keluarga Malaysia perlu di mantapkan sebagai satu falsafah dalam kehidupan dan urusan kenegaraan.

“Kerajaan ini adalah Kerajaan Keluarga Malaysia,” tegas Annuar.

Penegasan Annuar itu hadir ketika beberapa ahli politik membuat polemik sama ada kerajaan yang diterajui oleh perdana menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Kerajaan Perikatan Nasional atau Kerajaan Barisan Nasional.

Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Ismail Sabri sehari selepas beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ismail Sabri yang mengantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyeru semua pihak supaya bersepakat menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’.

dalam ucapan awam sulungnya berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif.

“Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua. Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

“Kita adalah sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri, sama ada anak muda, mahupun yang telah berusia. Kita diibaratkan saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan,” kata Ismail Sabri.-SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button