Politik

Annuar bersyukur, berterima kasih diterima Pas

TAN Sri Annuar Musa selepas hari kedua diterima secara rasmi sebagai ahli Pas, mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima beliau menyertai parti itu.

Menurut Annuar, walaupun sebagai ahli biasa di dalam Pas, beliau berasa sangat gembira dan berbesar hati apabila berada di atas pentas bersama-sama pemimpin Pas.

Kata Annuar, beliau berasa tenteram dan selamat kerana berada di dalam sebuah kapal yang nakhoda seorang jelas berada di jalan yang benar.

Berbanding berada di dalam Umno yang diterajui oleh pemimpin yang mabuk ketum.

Dalam ceramah yang julung kali diadakan di Kelantan selepas beliau menyertai Pas, Annuar juga meminta ahli Pas dan Umno supaya tidak bertelagah kerana ia tidak memberi kebaikan kepada umat Islam, Melayu dan negara seluruhnya.

Beliau juga mendedahkan bagaimana usaha untuk menyatukan parti-parti orang Melayu Islam digagalkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semata-mata mahu mewujudkan jajaran baharu yang mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri serta bersekongkol dengan Dap iaitu sebuah parti liberal sosialis.

Justeru beliau menyeru seluruh ahli Umno supaya memberi sokongan kepada Perikatan Nasional demi memperbetulkan situasi sekarang yang sudah jauh tersasar.

Katanya, rakyat sebelum ini mengundi Perikatan Nasional, Umno dan GPS kerana tidak mahukan kerjasama dengan Dap dan Anwar, tetapi telah terpedaya dengan helah jajaran baharu.

Oleh itu satu gerakan besar-besaran dengan menyokong Perikatan Nasional harus dilaksanakan.

Berhubung Umno, Annuar berkata usaha memperbetulkan parti itu akan dapat dilaksanakan jika matlamat berkenaan tercapai pada pilihan raya di enam buah negeri kelak.

Semalam ceramah Perikatan Nasional di Negeri Sembilan dihadiri kira-kira 10,000 orang.

BACA JUGA: Annuar Musa nekad tidak akan kembali kepada UMNO

 

 

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button