Berita

PM mohon maaf lewat, pesawat rosak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf atas kelewatannya tiba ke program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad.

Jelas Anwar, kelewatan hampir satu jam itu akibat kerosakan pesawat rasminya.

“Sebelum itu saya nak minta maaf, Perdana Menteri tak harus lewat, hari ini saya lambat sebab pesawat rasmi PM rosak.

“Jadi diambil ganti (pesawat) besar sedikit, sebab itu ambil masa 45 minit ganti pesawat… jadi jangan ingat MAS atau AirAsia sahaja lambat. Atas kesabaran anak-anak, saya ucap terima kasih dan minta maaf Naib Canselor USM dan rakan-rakan,” katanya.

Beliau tiba di USM kira-kira jam 4 petang sebelum memulakan program Temu Anwar bersama 2,500 mahasiswa Dewan Tuanku Syed Putra pada Ahad.

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button