Politik

Hanya PN boleh majukan semula Johor – Muhyiddin

MUAR 27 Februari – Rakyat Johor wajar memberi laluan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk memerintah negeri ini bagi membolehkan Johor dapat ditadbir dengan baik dan memulihkan sektor ekonomi.

Bercakap pada ceramah di PDM Bukit Pasir di sini malam tadi, Presiden PN itu menegaskan Johor kini dilihat gagal memacu pertumbuhan ekonomi.

 

“Saya lihat Johor gagal ke depan dalam pelbagai aspek dan sewajarnya calon-calon PN yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini diberi laluan untuk menang.

“PN akan menggariskan beberapa perkara penting untuk memajukan Johor dan rakyat seluruhnya seperti mana saya jadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Semua agenda untuk membangunkan Johor terdapat pada Manifesto yang akan saya umumkan dalam masa terdekat nanti,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, manifesto yang akan dilancarkan itu amat penting untuk membangunkan semula Johor selain membantu rakyat yang berdepan dengan pelbagai masalah disebabkan sektor ekonomi yang masih belum pulih.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan jika rakyat Johor memberi kepercayaan kepada calon-calon PN beliau akan memastikan barisan Exco termasuk Menteri Besar yang akan dilantik tidak goyang kaki.

Menurutnya, pengalamannya menjadi wakil rakyat sejak lebih 40 tahun termasuk pernah menjadi Menteri Besar Johor selama dua penggal dari 1986 hingga 1995 serta beberapa jawatan menteri akan digunakan untuk mentadbir Johor ke arah lebih maju berbanding sekarang.

Beliau menegaskan calon-calon yang dipilih oleh PN bertanding di 56 kerusi adalah calon yang berkelayakan, berkelulusan, berpengalaman, berakhlak tinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Paling penting calon-calon PN ini tidak terlibat sebarang skandal rasuah. Reputasi calon kita sewajarnya mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Johor,” ujarnya. – SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button