Hiburan

Roslan Madun penerima Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Pahang 2023

Sering kali kita mendengar lagu lemak manis yang sering dimainkan di media sosial dan dicorong radio, Penyanyi asal lagu tersebut merupakan kelahiran negeri Raub Pahang, Roslan Madun, 71, baru-baru ini beliau telah menerima Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Pahang 2023.

Beliau mula bergiat dalam bidang seni 1965 sebagai pelakon pentas di Raub Pahang kemudian pada tahun 2002 hingga 2018 beliau merakamkan 15 buah album lagu rakyat Pahang dan puisi tradisional.

Roslan Madun penerima Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Pahang 2023

Secara tidak langsung berjaya membawa nama Pahang dan Malaysia ke persada dunia melalui persembahannya di Fukuoka Jepun, Seoul dan Teajon Korea, Brunei, Kemboja, Singapura. Sehingga kini juga beliau masih menerima persembahan dari negara jiran, Indonesia.

Sebelum ini juga beliau pernah menerima beberapa anugerah seperti  Diploma Laureate Of The ii Degree, kerana keterlibatannya dalam lagu rakyat sedunia di Rayzan Russia 2021.

Dianugerahkan juga gelaran Maestro Syair oleh Balai Pelestarian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan Indonesia di Tanjungpinang tahun 2018 kerana kegigihannya melestarikan syair. Beliau telah  mengadakan siri Kembara Syair ke seluruh Nusantara. Dari situ lahirlah Festival dan Pertandingan Syair Antarabangsa yang diasaskan dari tahun 2016 hingga 2022.

Beliau dilantik sebagai Munsyi Sastera oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahuin 2011. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan/Exxon Mobil kategori puisi. Buku kumpulan dramanya “Lagu Untuk Kami” memenangi hadiah sastera kategori drama anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang, manakala buku kumpulan puisinya “Bagaimana Kalau Matahari tidak datang dan malam tidak ingin pergi” memenangi hadiah utama kategori puisi tahun 2021.

Bagi yang tidak tahu, beliau juga berpengalaman di bidang kewartawanan, dan pernah menjadi editor di beberapa penerbitan di Kuala Lumpur awal 80an. Karya-karyanya terutama puisi, termuat dalam buku dan majalah terbitan di Malaysia dan luar negara. Beliau turut menulis dan membentang kertas kerja di peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau telah mementaskan sekitar 20 buah teater di Pahang dan Kuala Lumpur dari tahun 2001 hingga 2020. Teater perdana “Bahaman-Jiwa Merdeka” dipentaskan di UITM Jengka 2014 yang melibatkan pelakon dan pemuzik dari Jogjakarta Indonesia.

Beliau menjadi Pengarah Seni untuk filem Riang Tirana 1989. Sejak itu beliau aktif dalam bidang drama tv dan filem. Beliau juga merupakan perlakon, menulis skrip dan mengarah drama tv sekitar 20 buah. Filem terkini arahannya ialah “Pelayaran Sang Maestro” 2021 sebuah projek untuk festival filem antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Pensyarah Tamu di Universiti Sumatera Utara 2020, Felo Tamu di Universiti Malaya tahun 2021, dan kini menjadi Felo Perunding di Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sulltan Abdullah.

Artikle Berkaitan :>

Lagu Roslan Madun, Lemak Manis diciplak oleh penyanyi Indonesia

Roslan Madun menangis, lihat anak-anak ND Lala bergaduh

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button