Hiburan

Walaupun penonton merungut pasal kerusi namun tetap terhibur dengan persembahan Westlife.

Westlife masih relevan di mata peminat buktinya ramai yang membajiri konsert tersebut semata-mata untuk menyaksikan kumpulan itu di pentas, muncullah sebanyak mana pun kumpulan atau boyband baru, belum pasti mampu menandingi Westlife dari Ireland.

Ketika dunia didominasi kumpulan muzik K-Pop, peminat Westlife terus kukuh sehingga saat ini walaupun tiada lagi lagu baru dikeluarkan buat masa ini.

Cukup popular sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000, kumpulan dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily ini terus dipuja peminat di Malaysia.

Rata-rata para peminat terhibur menonton konsert Westlife ‘The Dream Tour All The Hits’ di Axiata Arena dengan menyajikan 15 buah lagu yang berlangsung semalam.

Malah penonton yang hadir pastinya terkejut bagaimana Westlife kekal lincah dan vokal mereka langsung tidak berubah.

Paling penting, daripada segi teknikal juga seluruh produksi memberikan elemen kelas tinggi. Baik daripada sistem pencahayaan, penataan bunyi, latar belakang, sehinggalah ke lima persalinan kumpulan itu, semuanya mega.

Namun ada juga segelintir penonton tidak berpuas hati yang sedang tular di media sosial Tiktok @Josep meluahkan perasaan hampa terhadap penganjur gara-gara diberi kerusi plastik sedangkan dia sudah membayar tiket yang berharga RM884.

Walaupun ramai yang terhibur dengan suasan konsert tersebut namun ramai netizen kesal meskipun tidak hadir ke sana, kerusi semurah itu dilihat tidak berpadanan dengan tiket yang menghampiri nilai seribu.

Diharap pihak pengurusan menambah baik system fasiliti terhadap penonton.

 

(Visited 1,929 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button