MahkamahNasionalNegeri

Tiga lelaki termasuk warga Indonesia didakwa menipu

TIGA lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan di Mahkamah Majistret Kangar secara berasingan atas dakwaan menipu dua wanita sehingga menyerahkan barangan kemas bernilai ribuan ringgit.

Tertuduh, Kilin Demar, 65, dari Johor, Jori Harahap, 58, dari Tanjung Pinang, Indonesia dan Mesri Bakri, 56, dari Port Dickson mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan setelah dibacakan setiap kertas pertuduhan ke atas mereka di dua Mahkamah Majistret, hari ini.

Kesemua tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama bagi kedua-dua pertuduhan ini.

Ia membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Di Mahkamah Majistret 1, pada kertas pertuduhan yang dibacakan bahawa tertuduh secara bersama-sama pada 3 Jun lalu, pada pukul 10 pagi di Pasar Besar Sena, Kangar telah menipu Noraini Senapi, 52 dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa perubatan yang ditawarkan oleh mereka adalah benar.

Dengan perbuatan mereka secara tidak jujur itu telah mendorong mangsa untuk menyerahkan barang emas miliknya dengan anggaran harga RM19,000 selepas diarahkan di mana mangsa tidak akan lakukan sekiranya tidak diperdaya atas tujuan perubatan tersebut oleh mereka.

Majistret Siti Norhasliza Md Ali kemudiannya memutuskan setiap tertuduh dikenakan ikat jaminan sebanyak RM5000 setiap seorang dengan seorang penjamin kecuali warga Indonesia dikenakan dua penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom.

Pada Mahkamah Majistret 2 pula semasa dibacakan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh pada 27 Januari lalu, pada pukul 8.30 pagi di pasar pokok getah Arau telah menipu Azizah Mohd Nor, 71 dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa boleh memurahkan rezeki.

Dengan perbuatan tersebut secara tidak jujur telah mendorong mangsa untuk menyerahkan dua utas rantai tangan emas dengan anggaran harga RM10,000 selepas diarahkan oleh tertuduh yang mana mangsa tidak akan menyerahkannya jika tidak diperdayakan sedemikian.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan setiap tertuduh dikenakan wang jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin kecuali warga Indonesia dengan dua penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Nurul Atikah Ab Rashid.

Kedua Mahkamah Majistret ini juga menetapkan 25 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.

Selain itu, kesemua tertuduh juga diminta untuk menyerahkan passport masing-masing kepada mahkamah. – SM

BACA Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia direman “pukau” suri rumah

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button