Nasional

Belanjawan 2021: Semua MP kembali dibenarkan masuk ke dewan

AHLI Parlimen kembali dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat selepas menerima pertikaian dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Keputusan membenarkan hanya 80 orang sahaja ke Dalam Dewan Rakyat ketika sesi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 itu dilapor diputuskan secara konsensus.

Namun, beberapa Ahli Parlimen seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Tan Sri Noh Omar bangkit mempertikai.

Susulan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menangguhkan sementara sidang mesyuarat dan membenarkan semua Ahli Parlimen memasuki dewan.

Beliau menangguhkan selama lima minit sidang bagi pembentangan Belanjawan 2021 untuk membenarkan kesemua Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.

Terdahulu, Azhar Azizan mempengerusikan mesyuarat bersama ketua-ketua whip parti bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) sidang Dewan Rakyat.

Justeru, keputusan konsensus dicapai bagi mematuhi SOP selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan Koronavirus (Covid-19). – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button