Nasional

11 remaja ditahan belasah rakan sekolah

PETALING JAYA: Sebelas pelajar sekolah menengah di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, direman bagi membantu siasatan berhubung kes pukul yang melibatkan rakan sekolah mereka.

Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak lelaki berusia antara 14 dan 17 tahun itu ditahan reman ketika datang ke ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu antara tengah hari hingga 1 tengah hari semalam untuk memberikan keterangan.

Ketua Polis Daerah, Abdul Rahim Md Din berkata, kanak-kanak lelaki itu dikatakan memukul dan menendang mangsa berusia 14 tahun pada 11.30 malam Khamis lalu sehingga menyebabkan kecederaan ringan dan lebam di pahanya.

“Mangsa membuat laporan polis pada 9.40 malam Ahad.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pelajar.

“Kesemua suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya hari ini.

Terdahulu, 11 suspek dibawa ke mahkamah Kuala Terengganu di mana perintah reman tiga hari sehingga Khamis dikeluarkan.

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button