Hiburan

Filem pendek Cegah Penipuan erat jalinan Malaysia dan China

Satu anugerah pertandingan filem pendek yang bertemakan penipuan atau ‘scam’ telah diadakan di Beijing , China baru-baru ini, anjuran ini merupakan jalinan antara rakyat Malaysia dan rakyat China dalam bidang seni.

Jalinan antara rakyat Malaysia dan rakyat China

Filem pendek Cegah Penipuan (Scam Prevention Short Film Contest) telah menerima kemasukan sebanyak 59 dan 19 entri bagi kategori terbuka dan kategori pelajar masing-masing.

Menurut pengasas SunStrong Entertaiment, Jmet Lim, karya ini membuka mata masyarakat untuk mencegah dari jenayah penipuan yang berleluasa serta semangat dan usaha orang ramai demi kepentingan awam.

“Kita mungkin tidak dapat sepenuhnya menghentikan penipuan daripada berlaku, tetapi kita boleh berusaha untuk mencegah sebanyak mungkin tragedi,” katanya.


Bagi Kategori Pelajar, hadiah pertama yang bernilai AS$5,000 (RM23,073) jatuh kepada A Forever Promise (China) yang mengisahkan graduan muda yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan.

Manakala hadiah kedua, Got Trapped (Malaysia) dan hadiah ketiga, Sink (Malaysia) dianugerahkan AS$3,000 (RM13,844) dan AS$1,500 (RM6,922) masing- masing.

Tujuh karya yang membawa balik AS$500 (RM2,307.25) atas kemenangan Anugerah Cemerlang kategori ini ialah The Distant Job, Got Trapped, The Untouchable Sight, Catherine’s Love Story dan Anti-Fraud Operation dari Malaysia, serta The Naked Price dan If dari China.

Bagi Kategori Terbuka, Help (China) yang mengisahkan mangsa penipuan telefon, meraih hadiah pertama serta menerima AS$50,000 (RM230,725).

Hadiah kedua, Bad Days (Malaysia) memperoleh AS$20,000 (RM92,290), manakala hadiah ketiga, Scripted (Malaysia) memenangi AS$10,000 (RM46,145). Pemenang- pemenang ini dari Malaysia zahirkan terima kasih kepada pengadil atas pengiktirafan ini yang akan mengalakkan mereka hasilkan karya yang lebih baik di masa depan.

Tujuh karya Malaysia iaitu Putih Hati, Love Chess, I’m Here For YouSusanMoney Tree, Bungkam dan Desire turut membanggakan tanah air atas kemenangan semua Anugerah Cemerlang kategori ini serta masing-masing dianugerahkan AS$5,000 (RM23,073).

Pemenang Kategori Terbuka dapat mengemukakan cadangan filem mereka kepada SunStrong Entertainment dan berpeluang menerima geran sehingga AS$1 juta (RM4.61 juta) bagi merealisasikan impian menghasilkan filem.

Panel pengadil turut dianggotai Pengarah Akademi Filem Shanxi, Jia Yue dan Pengarah Leopard Change Academy, Zhang Dadou serta Dekan Kehormat Akademi Seni dan Teknologi Nanhai, Zhou Shixing.
Semua filem pendek berkenaan dapat ditonton menerusi pautan https://sseshortfilmcontest.com/Gallery

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button