Hiburan

Nurul Depp berhijrah ke Bali demi pendidikan dan masa depan anak-anak

PENYANYI Nurul Depp akan memulakan kehidupan baharu apabila akan berpindah ke Bali, Indonesia pada bulan depan.

Katanya, pada mulanya dia merancang untuk pindah ke sana pada awal tahun ini tetapi terpaksa ditunda ekoran Covid-19.

Penghijrahan itu katanya adalah demi pendidikan dan  masa depan anak-anak yang mana mereka merancang untuk memasukkan ke sebuah sekolah di sana yang dikatakan cukup hebat dalam bidang kemahiran.

Selain itu katanya dalam temu bual Punchline DAC, itu juga menjadi impian suaminya yang pernah tinggal selama dua tahun di Bali.

Bagaimanapun katanya, kerjaya seni di Malaysia tidak akan ditinggalkan yang mana beliau akan kerap balik untuk memenuhi undangan.


Katanya, dia akan kerap balik ke Kuala Lumpur kerana ada perniagaan dan untuk memenuhi undangan.

(Visited 343 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button