Hiburan

Zainalabidin bakal gegar Istana Budaya dengan Konsert ‘Tiba Masa’

DATUK Zainal Abidin mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa beliau akan mengadakan sebuah konsert sempena meraikan ulangtahun ke 40 pembabitannya di dalam industri seni tanah air. Konsert yang diberi nama “Tiba Masa… Zainalabidin” akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2023 nanti di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dipersembahkan oleh BSync Live dan X-FWD Management, tiket-tiket konsert akan mula dijual pada 4 Ogos 2023 ini di www.ticket2u.com.my dengan menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk tempat duduk Aras 2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas.

Menurut Datuk Zainalabidin mengikut perancangan, beliau bakal mengadakan persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen.

Di samping itu, turut menjadi tarikan konsert “Tiba Masa” adalah kemunculan istimewa kumpulan Headwind yang bakal membuat persembahan bersama Datuk Zainalabidin dengan lagu-lagu hit mereka seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin, dan Hanya Di Radio.

Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Datuk Zainalabidin dalam sebuah persembahan adalah sewaktu konsert Datuk Zainalabidin pada 5 tahun yang lalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket ke konsert “Tiba Masa Zainalabidin” boleh klik link https://goo.by/JfeRd. Ketahui kisah-kisah di sebalik tabir sekitar persiapan Datuk Zainalabidin untuk konsert di laman media sosial Facebook dan Instagram @tibamasa.zainalabidinSM 

Artikel berkaitan > Konsert Semangat Zaman kembalikan nostalgia bersama lapan lagenda

 

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button