Hiburan

Konsert Semangat Zaman kembalikan nostalgia bersama lapan lagenda

BERSANDARKAN kepada pengalaman luas dan kreativiti Pengarah Muzik, Alfa Booty, lapan artis atau vokalis kumpulan-kumpulan rock akan berdiri atas pentas bagi menjayakan Konsert Semangat Zaman pada 29 September ini.

Bertempat di Zepp, Kuala Lumpur, persembahan berupa konsert selama dua jam setengah akan menampilkan vokalis-vokalis dari kumpulan Lefthanded, Bumiputera Rockers, Rusty Blade, Mega, Black Dog Bone, Muss, Aris Ariwatan dan Bandi (Amuk).

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof

Pada majlis sidang akhbar dan pelancaran Konsert Semangat Zaman yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof, beliau berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan golongan artis.

“Kerajaan prihatin tentang nasib golongan artis dan Konsert Semangat Zaman mendapat sokongan daripada KPDN.

“Kita akan membantu memperjuang dan membangunkan industri muzik tempatan sebagai pemangkin kepada industri muzik,” katanya dalam ucapan.

Azman juga berkata, pasti ramai artis dalam industri menceburi bidang perniagaan, kreatif dan digital.

Sehubungan itu, golongan artis yang terlibat dalam bidang tersebut akan dibantu, katanya.

TIGA wartawan hiburan yang dihargai dalam penulisan album kompilasi Semangat Zaman yang diterbitkan pada tahun 2002.

Sementara itu, Semangat Zaman Music Entertainment yang diketuai oleh Jean Lau berkata, pada malam konsert nanti, akan diundang keluarga penyanyi Rahim Maarof dan arwah Shamrin (Fotograf).

“Kita juga akan beri sedikit sumbangan kepada pihak keluarga kedua-dua penyanyi berkenaan.

“Memang pada asalnya Rahim Maarof sepatutnya bersama-sama dengan Datuk Nash, Yantzen, Jatt, Joey untuk menjayakan Konsert Semangat Zaman tetapi atas faktor kesihatan, tidak mengizinkan,” katanya.

Kata Jean lagi, 20 tahun album Semangat Zaman sehingga ke hari ini, segalanya dizahirkan di atas platform konsert.

Untuk para peminat genre rock yang ingin menyaksikan Konsert Semangat Zaman September nanti, boleh beli tiket awal dengan harga istimewa, RM198 dan duduk di Zon Rock mulai hari ini sehingga 15 Julai.

Tiket-tiket juga dijual di my.bookmyshow.com pada harga RM208, RM328 (Kerusi Normal-Bernombor) dan RM388 (Premium-Tempat Duduk Bernombor) atau hubungi talian 03-92124202. – SM

BACA Sambutan hebat: Konsert Double Trouble 2, 5 Ogos ini

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button