Nasional

Patutlah lari bila polis tahan, rupanya nak pergi merompak

SEORANG lelaki berusia 32 tahun ditahan selepas cuba melarikan diri ketika ditahan polis semasa operasi di Jalan Klang Lama, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek berusia 32 tahun itu cuba melarikan diri dengan motosikal dan berjaya ditahan selepas suspek terbabas sendiri di persimpangan jalan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek telah menemukan beberapa senjata tajam dan peralatan yang digunakan untuk pecah rumah di dalam begnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, antara barang yang dirampas ialah sebilah pisau, lampu suluh, 5 batang pemutar skru, dua batang besi yang diubah suai, sebilah parang, seunit pemotong dawai besi dan serangkau anak kunci bersama alat kawalan jauh.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes pecah rumah di kawasan sekitar Brickfields.

“Semakan rekod jenayah juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkatan kes dadah,” ujarnya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman elama empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjaya Berbahaya (ABKLSB) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. -SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button