Nasional

Bot meletup di Semporna, dua nelayan hilang

DUA dua nelayan dikhuatiri hilang ekoran bot pam yang mereka naiki dilaporkan meletup di kawasan perairan Pulau Tatagan,  Semporna, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan berkata, setakat ini maklumat atau identiti mangsa belum dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
Katanya, polis menerima laporan dibuat pegawai Pemulihan Marin Semporna (WWF) yang memaklumkan kejadian letupan membabitkan sebuah bot pam di kawasan perairan Pulau Tatagan pada pukul  6.08 petang Selasa.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota IPD Semporna bergerak ke lokasi kejadian sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan dalam radius dua batu nautika di tempat kejadian.
“Seorang saksi warga tempatan yang sedang memukat ikan mengatakan terdengar dan ternampak satu letupan kuat di sebuah bot pam dalam jarak lebih kurang 200 meter,” katanya.

Menurut Mohd Farhan, setakat ini belum ada sebarang penemuan dilaporkan termasuk serpihan bot pam berkenaan dan operasi SAR oleh pelbagai agensi, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air, kini giat dijalankan.

“Polis meminta mana-mana individu kehilangan ahli keluarga tampil membuat laporan di mana-mana balai terdekat. Saksi kejadian juga dimohon tampil memberi maklumat atau boleh menghubungi Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah di talian 019-8139851 atau 0809782020 bagi membantu siasatan,” katanya.

(Visited 525 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button