Nasional

KPDN lupus barangan rampasan bernilai RM38.53 juta

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melupuskan barang rampasan bernilai RM38.53 juta melibatkan pelbagai kesalahan di seluruh negara, tahun ini.

Berhubung program pelupusan barang rampasan yang diadakan pada hari ini, ia merupakan Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana yang dilaksanakan pada tahun 2023 oleh Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya melibatkan pelupusan barang rampasan berkaitan dakwat mesin pencetak di bawah Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] dan Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] yang bernilai RM2.9 juta membabitkan 9 kes.

Ketua Setiausaha (KSU) KPDN Port Dickson, Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar melihat barangan yang dilipus pada Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana yang dilaksanakan pada tahun 2023 oleh Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya. – GAMBAR KPDN

“Program seumpama ini juga turut dilaksanakan oleh pejabat KPDN Negeri dan Cawangan di seluruh negara.

“Sepanjang tahun ini, Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan berkaitan bekalan, harga, antipencatutan, ketirisan, cetak rompak, barang tiruan, halal, sewa beli, metrologi, skim anti piramid, jualan langsung, penipuan atas talian dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan statistik penguatkuasaan KPDN bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 713,745 premis telah diperiksa di seluruh negara.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak 10,937 tindakan kes telah diambil melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM82.14 juta, katanya.

KDNN juga memaklumkan, selain itu, sebanyak RM8.22 juta kompaun juga telah dikeluarkan melibatkan 8,519 kes di seluruh negara.

Manakala 96 kes pula melibatkan tindakan pendakwaan di Mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM2.3 juta dalam tempoh yang sama, ujarnya.

Berdasarkan kepada tindakan kes pengkompaunan dan pendakwaan tersebut, sebanyak 1,490 kes yang melibatkan barang sitaan telah dilupus dan dijadikan hasil kerajaan seperti berikut:
i. Hasil kutipan sementara dijadikan hasil kerajaan sebanyak RM5.51 juta.
ii. Hasil jualan lelong, sebut harga, tender dan jualan terus sebanyak RM3.44 juta.
iii. Pemusnahan barang-barang kes bernilai RM29.58 juta.

“Nilai keseluruhan pelupusan barang kes yang dihasilkan adalah sejumlah RM38.53 juta.

“KPDN melalui tindakan penguatkuasaan telah mengutip sebanyak RM49.04 juta hasil dalam tempoh Januari sehingga Oktober 2023 dan dijadikan hasil Kerajaan,” menurut kenyataan itu lagi.


KPDN berkata, bagi memastikan proses pelupusan barang rampasan ini dilaksanakan dengan teliti, teratur dan selamat, Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah melantik Pusat Pengurusan Sisa Buangan Terjadual Bersepadu Kualiti Alam, peneraju dalam pengurusan sisa buangan terjadual bersepadu dengan kepakaran melebihi 30 tahun.

“Kesemua barang rampasan akan dilupuskan di loji “Scheduled Waste to Energy” menggunakan teknologi insinerator yang mana dari proses tersebut akan menjana tenaga elektrik untuk disalurkan kepada Grid Nasional,” jelas KPDN.

Tambah KPDN lagi, bagi memastikan kepentingan pengguna terus dipelihara dalam negara, KPDN melalui Bahagian Penguat Kuasa akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan mengambil tindakan yang tegas dan adil ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan Kementerian agar dapat mewujudkan suasana perniagaan yang adil dan kondusif. – SM

BACA KPDN laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali

BACA Tukar label kampit beras: KPDN tidak berkompromi!

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button