Nasional

Pemilik Adam Char Kuetiau maut kemalangan

PEMILIK restoran char kuetiau terkenal di Permatang Pauh, Adam Char Kuetiau maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit nahas di Kilometer (KM) 133.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 7.15 malam, pemilik restoran itui. Zamri Juhari, 33, yang menunggang motosikal jenis Honda CBR 1000, meninggal dunia di lokasi.

Kemalangan itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta.

Ias dipercayai berlaku ketika pemandu kereta berusia 52 tahun itu yang  dalam perjalanan dari Seberang Jaya ke Sungai Dua berada di lorong laju.

“Pemandu berkenaan dikatakan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman di sebelah kiri keretanya sebelum ternampak sebuah motosikal berkuasa tinggi terbabas ke kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai tidak sempat mengelak motosikal berkuasa tinggi itu lalu turut terbabas,” katanya Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, daripada siasatan awal, penunggang Yamaha Y15 memaklumkan bahawa ketika berada di lorong motosikal, beliau melihat motosikal Zamri berkeadaan terhuyung-hayang di hadapan motosikalnya.

“Kemalangan itu menyebabkan Zamri yang juga peniaga char kuetiau maut, manakala penunggang Yamaha Y15 yang bekerja sebagai pembantu juruteknik kilang pula mengalami luka di tangan dan kaki.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. Penunggang motosikal Yamaha Y15 turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button