AgamaNasionalNegeri

RM1.2 juta bantuan makanan untuk asnaf di 102 masjid

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan peruntukan berjumlah RM1,224,000 sebagai sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2024 bagi tujuan bantuan makanan ‘foodbank’ melalui masjid-masjid di seluruh negeri ini.

Sumbangan berkenaan adalah salah satu bantuan MAIPs kepada warga asnaf yang disalurkan melalui 102 buah kariah masjid di seluruh Perlis.

Simbolik penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Kangar.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor melalui hebahan media MAIPs, program agihan makanan berkenaan adalah salah satu daripada usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

“Pendekatan ziarah dan turun padang, selain agihan secara terus keperluan makanan berkenaan dilaksanakan oleh pengurusan Jawatankuasa Kariah Masjid yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk mengagihkan sumbangan berkenaan,” jelas beliau.

Tambah Mohd Nazim lagi, MAIPs turut menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada pelbagai pihak yang telah bermurah hati menyalurkan sumbangan bakul makanan melalui MAIPs. – SM

BACA MAIPs sumbang RM40,000 kepada Rumah Lavender Negeri Perlis

BACA MAIPs salur bantuan fitrah RM5,998,500 Tahun 2024

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button