NasionalNegeri

MAIPs sumbang RM40,000 kepada Rumah Lavender Negeri Perlis

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada Rumah Lavender Negeri Perlis.

Rumah Lavender Negeri Perlis ini adalah penempatan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, pekak dan bisu.

Peruntukan ini bagi perbelanjaan aktiviti dan program pengurusan rumah berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyampaikan sumbangan tersebut.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengerusi Pertubuhan Rumah Kebajikan Lavender Perlis, Tuan Marja Tuan Mat di perkarangan Masjid Al-Mustaqim kariah Seriab, Kangar.

Baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Untuk rekod, MAIPs turut memperuntukkan tambahan sumbangan bagi pelaksanaan kelas pengajaran al-Quran braille kepada penghuni rumah itu. – SM

BACA OKU berkemahiran TVET berpotensi kerjaya masa hadapan – Raja Muda Perlis

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button