Ekonomi

Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024, disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan peningkatan permintaan luaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
“Pelancongan dijangka terus bertambah baik manakala pelaksanaan projek berbilang tahun yang baharu dan sedia ada oleh sektor swasta dan awam akan menyokong aktiviti pelaburan.
“Bagaimanapun, pertumbuhan dalam negeri masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan menjadi perlahan disebabkan oleh faktor luaran dan dalam negeri,” menurut bank pusat itu seperti yang dipetik dari BERNAMA.
NM menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara akan mendorong kepada lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang lebih tinggi antara 1.8 peratus dan 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 — suatu peningkatan berbanding 1.2 peratus daripada KDNK pada 2023.
Tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 3.7 peratus disokong oleh aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih, meskipun dalam persekitaran luaran yang mencabar.
(Visited 12 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button