fbpx
Nasional

Itu bukan budaya kami di sini – Warisan

PARTI Warisan Sabah (Warisan) tidak menyokong mana-mana budaya samseng kerana  itu bukan budaya parti itu.

Sehubungan itu parti berkenaan menafikan terlibat dengan insiden kekerasan ke atas exco Pemuda Umno, Wan Mohamad Azri Wan Deris atau  Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

“Itu bukan budaya kami di sini,” tegas Setiausaha Warisan, Loretto Padua dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan parti itu, tidak tahu menahu berkenaan insiden tersebut sehinggalah ia ditularkan.

Berdasarkan rakaman video yang tular, sekumpulan individu dilihat cuba menghampiri Wan Mohamad Azri dengan marah-marah.


Muhammad Azri mendakwa beliau terbaring selepas disepak oleh sekumpulan penyokong parti politik dalam insiden malam tadi itu.

Jelasnya, beliau kemudian bangun untuk melawan namun hanya menahan sabar untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi bahan berita media dan dituduh sebagai samseng Shafie Apdal.

“Walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehinggakan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah Papagomo.

“Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng,” kata Loretto. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button