Nasional

Lelaki Israel akan didakwa minggu ini

Lelaki Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru baka didakwa di mahkamah minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasangan warga tempatan yang didakwa menjual senjata tersebut kepada lelaki itu pula akan didakwa di mahkamah Klang hari ini.

“Suami isteri yang memiliki senjata api akan dituduh di mahkamah Klang hari ini.

“Berkenaan warga Israel, kita masih teruskan siasatan, kumpul lagi maklumat untuk dapat motif sebenar dia memiliki enam senjata api yang kita tahu diperolehi dari negara jiran.

“Jadi mungkin minggu ini juga pertuduhan terhadap warga Israel akan dibuat. Mungkin selepas raya,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. –SM

(Visited 16 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button