JenayahNasional

4 warga Thailand didakwa esok berkaitan kubur besar Wang kelian

Pihak berkuasa Malaysia berjaya mendapat perintah ekstradisi terhadap empat individu dari Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua individu tersebut sudah berada di Malaysia dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar esok untuk pertuduhan.

Penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

“Sepanjang enam tahun ini kerajaan Malaysia dan Thailand menjalankan siasatan untuk mengesan dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi ke atas 10 individu warganegara Thailand pada Januari 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak berjaya mengesan empat daripada 10 individu itu dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. – SM

BACA Masuk “View Point Wang Kelian” kena bayar mulai hari ini

BACA Kaki Bukit, Wang Kelian mampu diintegrasi jadi produk pelancongan

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button