Nasional

MB Kedah, Exco negatif Covid-19

KESEMUA 56 termasuk Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang menjalani ujian saringan Koronavirus (Covid-19) disahkan negatif.

Mereka termasuklah tiga ahli Exco Kerajaan Negeri yang menghadiri majlis penyerahan sumbangan Pas di Wisma Darul Aman pada Isnin lalu.

Tiga Exco berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Datuk Najmi Ahmad.

Seorang lagi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Wan Romaini Wan Salim.

“Ujian itu turut melibatkan pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dan beberapa pimpinan PAS Kedah.

“Mereka menghadiri program penyerahan sumbangan PAS Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar.

“Ujian itu diadakan berikutan salah seorang yang menghadiri program berkenaan disahkan positif COVID-19, dua hari lalu.”

Demikian kenyataan Pejabat Menteri Besar yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan sampel yang diambil daripada kesemua 56 yang hadir dalam majlis itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Malah, Mohd. Sanusi dan mereka yang menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menghadiri majlis tersebut semalam tidak diarahkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.

Hal demikian dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang yang memberitahu Mohd. Sanusi boleh menjalankan tangunggjawabnya seperti biasa.

Katanya, ujian saringan yang dilakukan itu hanyalah sekadar ‘community test’ atau ‘surveillance test’.

Dalam pada itu, individu yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ia termasuklah memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial. – SM

 

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button