Uncategorized

Al Jazeera tuduh kerajaan Malaysia terdesak?

Al JAZEERA dilihat cuba menampakkan kerajaan terdesak untuk mengambil tindakan terhadapnya termasuk semakan lesen daripada Perbadanan Pembanguann Filem Nasional (Finas).

Ini kerana Finas pada Isnin lepas menyatakan laporan dokumentari dalam program 101 East yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ tidak dilesenkan.

Justeru, kenyataan Finas itu dibalas Al Jazeera memaklumkan rancangan tersebut dikategorikan sebagai filem yang tidak memerlukan lesen.

Katanya, Finas melakukan tindakan sedemikian selepas kerajaan Malaysia gagal mempertikaikan integriti kewartawanannya.

“Kerana tidak dapat mempertikaikan integriti kewartawanan kami.

BACA > Bank Rakyat umum dua BOD baharu selari aspirasi 2025 — Suara Merdeka

“Kami yakin pihak berkuasa kini berusaha melakukan tuntutan baru ini dengan mendakwa kami tidak memiliki lesen yang wajar.

“Kami tidak percaya ini adalah hujah yang boleh diterima.

“Malah, kami percaya ia bertentangan dengan garis panduan yang diterbitkan sendiri oleh pihak berkuasa.”

Demikian kata Pengarah Urusan Al Jazeera berbahasa Inggeris, Giles Trendle dipetik laporan portal Malaysiakini malam tadi.

Giles dilapor berkata demikian susulan bahagian perhubungan awam Al Jazeera mengeluarkan kenyataan balas terhadap Finas.

“Al Jazeera menegaskan bahawa, menurut definisi Finas sendiri, program hal ehwal semasa mingguan 101 East tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan status laporan 101 East akan ditentukan Finas.

BACA > KKMM semak status, akreditasi Al Jazeera — Suara Merdeka

AL JAZEERA

Tindakan sedemikian adalah bagi memastikan sama ada laporan berkenaan dilesenkan oleh Finas ataupun tidak sebelum diterbitkan.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan terhadap laporan yang mengecam layanan kerajaan terhadap warga asing tanpa dokumen.

Laporan itu didakwa berat sebelah selepas tidak mendedahkan status dan keadaan sebenar yang dihadapi pendatang asing tanpa izin (PATI)

Malah, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyelar laporan tersebut yang cuba menunjukkan seolah-olah Malaysia buruk di mata dunia.

Susulan penerbitan laporan itu, beberapa kakitangan termasuk penerbit dan wartawan Al Jazeera dipanggil pihak polis di Bukit Aman untuk siasatan.

Pada awal Julai lalu, agensi berita dari Qatar itu mengeluarkan dokumentari selama 25 minit mengecam layanan terhadap PATI.

Ketika rakaman laporan itu dibuat, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan.

BACA > Kenapa Al Jazeera bersikap ‘selektif’? — Suara Merdeka

Kawasan yang dilaksakan perintah PKPD rata-ratanya mempunyai ramai penduduk warga asing yang turut menerima kecaman kerana enggan mematuhi arahan kerajaan. – SM

 

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button