EkonomiNasional

Bank Rakyat umum dua BOD baharu selari aspirasi 2025

BANK Rakyat umum pelantikan dua ahli Lembaga Pengarah (BOD) baharu sebagai sebahagian daripada pemacuan pelan jangka panjang bank itu.

Bagi merealisasikan aspirasi Bank Rakyat 2025, mengalu-alukan kemasukan Datin Norhamizah Mat Tahir dan Mohd. Jafri Kudus berkuatkuasa 13 Julai lalu.

Pemilihan kedua-dua BOD itu berdasarkan pengalaman masing-masing dalam kepimpinan terutama dalam bidang keusahawanan dan teknologi.

Kepakaran tersebut dijangka menjadi nilai tambah bagi Bank Rakyat bagi meneruskan legasi kecemerlangannya sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia.

“Norhamizah Mat Tahir merupakan usahawan wanita yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat beliau, Norhamizah Tahir Associate Sdn. Bhd..

BACA > Covid-19: Tiada sekatan persekolahan, sambutan Aidil Adha — Suara Merdeka

“Beliau juga berpengalaman berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak 16 tahun lalu termasuk pengalaman menyandang jawatan sebagai Pengarah di DSDM Rezeki Sdn. Bhd..

“Sementara itu, Mohd. Jafri sebelum menyertai Bank Rakyat berpengalaman luas lebih dari 30 tahun dalam industri teknologi dan telekomunikasi.

“Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif di Strovi Dox Sdn. Bhd. serta Perunding Pembangunan Perniagaan di Antah SNC Homeland Security Sdn. Bhd..”

Demikian kata Bank Rakyat, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) itu dalam satu kenyataan hari ini.

BACA > Kerusi Parlimen begitu berharga `la ni’ — Suara Merdeka

Bank Rakyat baru-baru ini melancarkan kempen Emas Dua Kilo bersama Pajak Gadai-i Ar-Rahnu X’Change yang membawakan hadiah kepada pelanggan bernilai RM400,000.

Sebanyak 28 hadiah ditawarkan kepada pelanggan dengan konsep ‘Pajak dan Menang’  yang berlangsung selama empat bulan bermula 15 Julai  sehingga 15 November 2020 ini.

Kempen tersebut dijangka akan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menerusi 185 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change.

Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo B akan memenangi 1kg emas yang akan diumumkan selepas kempen berakhir.

BACA > Kempen Emas Dua Kilo Bank Rakyat kembali — Suara Merdeka

Hadiah lain yang ditawarkan termasuklah 500 gram, 250 gram dan 10 gram emas. – SM

(Visited 586 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button