Nasional

Datuk perkosa cucu tiri tiga kali

SEORANG lelaki berusia 57 tahun tergamak merogol cucu tirinya yang berusia 11 tahun sebanyak tiga kali bermula tahun 2016.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, satu laporan polis telah dibuat berkaitan kes tersebut kira-kira pukul 1 petang semalam.

“Mangsa merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik dan masih belajar di sebuah sekolah rendah di Petaling Jaya.

“Ibu dan ayah mangsa telah bercerai menyebabkan mangsa tinggal bersama nenek dan datuknya,” katanya.

Menurut Nik Ezanee, mangsa memberitahu telah dirogol sebanyak tiga kali iaitu pada 2016, 2018 dan kali terakhir pada tahun lalu.

Jelasnya, suspek telah ditahan di sebuah rumah di Petaling Jaya dan kini direman selama tujuh hari.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -SM

(Visited 815 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button