fbpx
Politik
Trending

ADUN Amanah yakin ekonomi lebih baik jika PH masih memerintah

PAKATAN Harapan (PH) diyakini akan terus mentadbir dengan baik jika masih memerintah sekarang berdasarkan dasar urus tadbir telus, bersih dan cekap.

Hal demikian turut disumbang oleh kejayaan demi kejayaan yang dicapai PH termasuk meningkatkan pelaburan domestik dan antarabangsa.

Malah, dasar PH juga dikatakan menyelamatkan institusi-institusi penting termasuk Tabung Haji (TH), Felda serta Felda Global Venture Holdings (FGV), Felcra dan Khazanah Nasional.

Menurut mereka, institusi berkenaan didakwa dibenggu oleh pengurusan lemah dan wujud penyelewengan ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Dalam tempoh hampir dua tahun pemerintahan PH, pelbagai pembaharuan dan kejayaan dicapai.


BACA > Baru nak popular, dah pukul isteri pula — Suara Merdeka

“Kejayaan TH mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak RM1.25 bilion pada setengah tahun pertama 2020.

“Bukan itu sahaja, nilai aset TH sebanyak RM78 bilion juga kini kembali lebih tinggi berbanding liabilitinya.

“PH telah mengambil beberapa keputusan strategik untuk memulihkan dan memantapkan institusi-institusi lain seperti Khazanah Nasional, Felcra dan FGV.

“Felcra pula, program transformasi bagi perniagaan itu diperkenalkan untuk mengurangkan beban hutang dan kerugian yang dialami.

“Hasilnya, Khazanah mencatatkan untung daripada operasi terbesar dalam sejarah pada 2019 iaitu RM7.4 bilion.”

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Faiz Dadzil dalam satu kenyataannya diterbitkan portal Malaysiakini hari ini.

Tambahnya usaha-usaha sedemikian walaupun cuma dilakukan dalam tempoh kurang dua tahun, hasilnya dipercayai dapat dilihat sekarang.

BACA > KJ muat naik gambar bertemu Izzah, Rafizi — Suara Merdeka

Ia termasuklah peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta penurunan kadar pengangguran.

“Pertumbuhan kKDNK juga menunjukkan keutuhan yang signifikan pada kadar 4.8 peratus pada 2018 dan 4.3 peratus pada 2019 walaupun dalam keadaan ekonomi global yang lembap.

“Kadar pengangguran secara amnya telah menurun ke lingkungan 3.2 peratus hingga 3.3 peratus bagi setiap suku, berbanding 3.4 peratus hingga 3.5 peratus pada suku tahun 2016 hingga 2017 di bawah BN.

“Pelaburan langsung asing yang diluluskan juga mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah ketika pemerintahan PH.

MORATORIUM

“Pada 2019, nilainya ialah RM82.4 bilion, manakala pelaburan domestik mencecah RM125.5 bilion.

“Bukan itu sahaja, pelaburan di tiga subsektor pemangkin iaitu elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan serta kimia, dan dua bidang pertumbuhan tinggi iaitu industri aeroangkasa dan alat perubatan.

“Pelaburan tersebut menyaksikan pertumbuhan 90.2 peratus kepada RM40.9 bilion pada 2019.

BACA > 7 direman kes sindiket manupulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit — Suara Merdeka

“Usaha PH mewujudkan persekitaran mesra perniagaan (business friendly) diiktiraf oleh Bank Dunia.

“Ranking Malaysia dalam indeks Doing Business 2020 meningkat ke kedudukan ke-12, iaitu lebih tinggi berbanding negara-negara lain seperti Jerman, Kanada dan Finland,” katanya.

Malah, Faiz turut mendakwa PH berjaya memastikan kebajikan rakyat dengan memperkasakan beberapa institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, fungsi Pertubuhan Kebajikan Sosial Pekerja (Perkeso) turut dioptimumkan kepada pekerja ekonomi gig.

“Kebajikan sosioekonomi rakyat terus dibela oleh PH menerusi inisiatif-inisiatif seperti i-Suri yang mewujudkan skim KWSP berserta insentif untuk suri rumah.

“Mengembangkan skim Perkoeso kepada pekerja ekonomi gig dan memperkenalkan gaji minimum RM1,200 di bandar-bandar besar.

BACA > SOP palsu disebarkan, berhentilah! — Suara Merdeka

“Memperkenalkan dua skim kesihatan yang sangat penting untuk golongan B40 iaitu Skim Perlindungan Kesihatan (PeKa) dan MySalam,” ujarnya.

Dalam pada itu, rakyat juga dikatakan menikmati subsidi petrol yang diperkenalkan semula oleh PH.

PH

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Amanah itu, bantuan tersebut sangat signifikan bagi bagi mengurangkan beban golongan sasar iaitu B40 dan M40.

“PH juga memperkenalkan kembali subsidi petrol yang dimansuhkan oleh Najib Razak pada 2014.

“Ini membantu secara signifikan terhadap usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, khususnya untuk golongan B40 dan M40,” jelasnya.

Namun menurut Faiz lagi, usaha-usaha berkenaan tidak dapat diteruskan ekoran gangguan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dakwanya lagi, PN tidak mampu menandingi kehebatan PH kerana majoriti yang tipis di Parlimen.

BACA > Pindahkan ibu negara ke Sabah atau Sarawak? — Suara Merdeka

Justeru, kerajaan dikatakan tidak mampu menarik keyakinan pelabur yang boleh menjejaskan sektor perniagaan dan pekerjaan. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button