Uncategorized

Pekerja Meta diberhentikan dan terima pampasan gaji pemberhentian empat bulan!

Ketua eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengaku bertanggungjawab ke atas pemberhentian besar-besaran pekerjanya berkuat kuasa pada Rabu, lapor Sputnik memetik laporan Wall Street Journal pada Selasa.

Beribu-ribu pekerja Meta dijangka diberhentikan bagi mengurangkan tenaga kerja dalam sektor teknologi itu dan ia adalah yang pertama dalam sejarah 18 tahun syarikat itu.

Zuckerberg mengumumkan pemberhentian pekerja ketika sesi mesyuarat dengan eksekutif syarikat pada awal Selasa dan mengakui bahawa syarikat itu telah menggaji pekerja terlalu ramai kerana “terlalu optimis” dengan unjuran masa depannya.

Pekerja yang diberhentikan akan mendapat sekurang-kurangnya gaji pemberhentian empat bulan, laporan itu memetik ketua sumber manusia Meta Lori Goler sebagai berkata.

Pasukan merekrut dan perniagaan akan diberhentikan, manakala pengumuman mengenai rancangan itu dijangka dihantar pada sekitar 6 pagi EST (10:00 GMT) pads Rabu, menurut laporan itu.


Pada September, Meta melaporkan bahawa lebih daripada 87,000 pekerja bekerja untuk syarikat itu.

— BERNAMA

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button