JenayahNasionalNegeri

IPD Padang Besar berkas dua lelaki cuba seludup petrol subsidi

SEBAIK sahaja stesen minyak dibuka, “si penyeludup”akan mula bergerak sejak awal pagi bagi mengumpul minyak petrol bersubsidi.

Dipercayai suspek akan mengisi minyak ke tangki tambahan berkapasiti 600 liter ini sehingga penuh dalam sehari.

Suspek mengubahsuai tangki minyak tambahan dari but sampai tempat duduk kereta telah diberkas polis.

Ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah apabila pasukan Task Force IPD berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada pukul 1.30 petang kelmarin di Titi Tinggi.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta Proton Waja kelabu yang dipandu suspek itu didapati ada tangki minyak tambahan dari but sehingga ke tempat duduk,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, petang semalam.

Katanya, sebanyak 600 liter petrol bernilai RM1, 230 telah dirampas.

Tong drum dan tong berisi 40 liter minyak pertol yang dirampas di sebuah premis di sebuah kampung di Wang Kelian.

Mohd Shokri berkata, suspek ini yang telah diintip sejak sebulan lalu ini di mana dipercayai menjual minyak subsidi kepada pemborong yang kemudiannya menjual pula kepada warga asing.

Mohd Shokri berkata, pasukan yang sama juga telah menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 23 tahun di sebuah kampung di Wang Kelian pada pukul 5.30 petang pada 18 September.

“Lelaki ini menggunakan premis dalam kebun getah yang terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama untuk menjual minyak,” katanya.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai membeli dan mengumpul minyak petrol untuk dijual sendiri kira-kira 1,300 liter sehari kepada warga asing.

Premis dalam kebun getah yang menjadi tempat seludup minyak hanya terletak 200 meter dari jalan utama di sebuab kampung di Wang Kelian. – Gambar Ihsan IPD Padang Besar

Katanya, semasa serbuan di premis berkenaan telah ditemui tiga tong drum dan 14 tong setiapnya berisi 40 liter minyak petrol yang kesemuanya bernilai RM5, 090.

Mohd Shokri berkata, kesemua tertuduh disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntuk hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua serta berikutnya, hendaklah didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, kes ini diserahkan kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu katanya, sehingga September tahun ini, sebanyak 11 orang telah ditahan berkaitan penyeludupan minyak petrol dan diesel bersubsidi.

Katanya, ia membabitkan rampasan minyak diesel sebanyak 1,335 liter bernilai RM5,807.25 dan petrol pula 4,707 liter bernilai RM14,827.05 dengan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM382, 897. 25. – SM

BACA Taktik lori ditimbunkan barang lusuh seludup diesel gagal

BACA 1,300 liter minyak diesel bersubsidi seludup dirampas di Wang Kelian

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button