JenayahNasionalNegeri

1,300 liter minyak diesel bersubsidi seludup dirampas di Wang Kelian

ATAS ketangkasan pihak berkuasa, sejumlah 1,300 liter minyak diesel bersubsidi negara berjaya dirampas sebelum ia diseludup masuk ke Thailand, pada pukul 11.35 pagi di pintu sempadan Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar, semalam.

Ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah dalam kenyataan media ekoran kejayaan Cawangan Risik Batalion 2 Polis Gerak Am (PGA) Kulim yang melibatkan seorang pegawai kanan bersama 10 anggotanya.

Katanya, terdapat tiga kenderaan jenis pikup bernombor pendaftaran negara jiran dilihat dalam keadaan mencurigakan semasa ditahan pada sekatan jalan raya PGA Wang Kelian.

Mohd Shokri Abdullah

Mohd Shokri berkata, pemeriksaan pertama dilakukan ke atas pikup berwarna putih yang dipandu seorang warga asing berusia 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan ini ditemui tangki besi yang telah diubahsuai serta hos di mana didalamnya mengandungi anggaran 500 liter yang disyaki minyak diesel bersubsidi,” katanya.

Katannya, pemeriksaan diteruskan kepada pikup kedua berwarna “metalic gold” yang dipandu oleh seorang perempuan warga asing berusia 23 tahun.

“Pihak kami juga mendapati pengubahsuaian sama seperti pikup pertama dan didalamnya mengandungi anggaran 400 liter disyaki minyak diesel bersubsidi,” katanya.

Mohd Shokri berkata, pada pemeriksaan pikup ketiga “silver gold” yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun juga terdapat pengubahsuaian yang sama pada tangki dan didalamnya anggaran 400 liter disyaki minyak diesel bersubsidi.

Setiap pikup yang ditahan ini diubahsuai pada bahagian tangki bersama dengan hos bagi tujuan menyeludup minyak diesel bersubsidi. – Gambar Ihsan IPD Padang Besar

“Ketiga-tiga pemandu yang ditahan ini mempunyai dokumen diri yang sah tetapi tidak memiliki dokumen kebenaran dan kelulusan yang berkaitan menyimpan dan memiliki minyak diesel bersubsidi,” katanya.

Beliau berkata, minyak diesel sebanyak 1,300 liter dan tiga pikup ini telah dirampas dan anggaran semua bernilai RM154,000.

Mohd Shokri berkata, ketiga suspek yang ditahan ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 membabitkan urus niaga barang kawalan berjadual ‘LPG’ tanpa lesen yang sah.

Tambahnya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduanya. – SM

BACA Taktik lori ditimbunkan barang lusuh seludup diesel gagal

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button