Nasional

PDRM cadang tubuh pasukan kajian semula kes Adib

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menubuhkan satu pasukan kajian semula siasatan kes kematian kematian pegawai bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim selepas terdapat percanggahan kenyataan melibatkan dua pakar forensik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, percanggahan pendapat itu melibatkan pakar forensik yang mewakili keluarga arwah Adib dan pakar forensik yang mewakili Hospital Kuala Lumpur.

“Kedua-duanya telah menjalankan bedah siasat ke atas arwah Adib dan kita telah memanggil untuk merakam percakapan mereka.

“Banyak pihak telah melakukan telahan dan justeru itu, kita bercadang untuk menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji semula dapatan yang diperoleh daripada dua pakar forensik tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Menurut Abdul Hamid, perkara seperti ini pernah dilakukan melibatkan kematian kes seorang model yang terjatuh dari sebuah bangunan pada November lalu.

BACA> Transgender: Menteri bagi ‘lesen penuh’ kepada JAWI

Jelasnya, siasatan terhadap kes Adib masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini tiada seorang pun saksi yang dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung siasatan kes tersebut nampak arwah dipukul.

“Kita telah memanggil 30 orang saksi semasa prosiding inkues yang dijalankan sebelum ini untuk memberi keterangan semula.

“Sebanyak 52 orang saksi baru juga telah dipanggil untuk merakam percakapan dan dua saksi iaitu pegawai bomba yang paling hampir dengan arwah juga akan dipanggil.

“Sebelum ini, kedua-dua pegawai bomba itu secara konsisten menyatakan yang mereka tidak nampak arwah Adib dipukul sedangkan merekalah saksi yang berada paling hampir ketika kejadian berlaku,” katanya.

BACA> Lelaki acu tukul pada anak ditahan polis

Menurut Abdul Hamid, sehingga kini tiada seorang pun saksi yang nampak arwah Adib ditarik keluar dari Van dan dipukul.

Jelas beliau, ahli patologi pun kata tiada tanda-tanda kecederaan mempertahankan diri kerana jika arwah dikasari, ditarik atau direntap, mesti ada kesan kecederaan selain cedera patah tulang rusuk.

Beliau turut menafikan yang pihaknya mahukan kes ini segera ditutup.

“Kita tak ingin pun nak tutup kes ini sebab kita siasat untuk cari kebenaran cuma terdapat banyak kekangan terutamanya melibatkan saksi yang nampak arwah dipukul.

“Sekiranya ada yang nampak, bantulah kami untuk hadir dan memberi keterangan,” jelasnya. -SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close