Nasionalpilihan

Kes Covid-19 boleh cecah 13,000 pada 14 Jun

KES Covid-19 dalam negara boleh mencecah hingga ke angka 13,000 menjelang 14 Jun jika mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan pada Sabtu sehingga 14 Jun tahun ini meningkat kepada 1.2.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt jangkaan mengikut kes seharian pada 28 Mei 2021 untuk seluruh negara ialah 1.15,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Pada Jumaat, krisis Covid-19 semakin buruk apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514. -SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button