Nasional

Saarani angkat sumpah MB, Ahli Dewan Negara Perak

ISTIADAT mengangkat sumpah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak berlangsung tadi.

Saarani mengangkat sumpah dihadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Beliau juga dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara Perak apabila menjawat jawatan tersebut.

Perisytiharan sumpah itu sekaligus menamatkan krisis politik Perak susulan tertubuhnya kerajaan negeri yang baharu.

Perak menerima Menteri Besar baharu selepas ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gugur menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri minggu lalu.


Susulan itu, nama Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dicalonkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Sultan Perak.

Bagaimanapun, terdapat pertikaian dalam kalangan pemimpin melibatkan UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

Namun masalah itu berjaya diselesaian menerusi pertemuan enam mata termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengguguran Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar mencetuskan polemik politik ekoran tiada parti yang mempunyai majoriti muda untuk membentuk kerajaan negeri.

Berdasarkan jumlah kerusi, UMNO adalah terbanyak iaitu 25, namun memerlukan lima lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Sementara Bersatu pula mempunyai empat kerusi diikuti Pas (3).

Bagaimanapun pemimpin UMNO sebelum ini menegaskan, kerajaan PN di Perak perlu dikekalkan sekaligus menafikan spekulasi UMNO akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri. – SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button