Nasional

Agensi agama JPM sumbang RM6 juta untuk bantu mangsa banjir

Agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi sumbangan berjumlah RM 6,033,280 juta bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di seluruh negara.

Sumbangan diperoleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (RM 550,000) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (RM1,633,280.00), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) (RM 1,000,000), Tabung Haji (RM 1,600,000), Pusat Pungutan Zakat MAIWP (RM 750,000) dan Yayasan Taqwa MAIWP (RM 500,000).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , agensi-agensi terbabit telah menggerakkan pasukan Skuad Musa’adah Agensi Agama untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terbabit.

“Skuad ini sedang bergerak untuk berkhidmat di semua kawasan yang terjejas di seluruh negeri-negeri yang terlibat dalam bencana ini,” katanya dalam satu jenyataan.

Semua bantuan akan disalurkan dalam pelbagai bentuk sumbangan iaitu barangan asas dan keperluan segera, bekalan makanan kering dan basah, FoodBank dan makanan siap.

Bantuan penempatan tinggal sementara dan kit-kit untuk ibadah turut disumbangkan.

“Saya berharap bantuan yang telah diperuntukkan ini dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh semua yang terlibat dalam tragedi ini, dan saya akan terus pastikan bantuan ini segera sampai kepada yang memerlukan.

“Dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melaporkan perkembangan semasa bantuan kepada mangsa banjir yang amat terkesan ketika ini. Kepada Allah kita berserah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak lapan negeri dilanda banjir besar selepas hujan turun tidak berhenti-henti selama dua hari berturut-turut pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Bencana tersebut melibatkan hampir 70,000 orang yang kini berada di 456 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Selain itu sebanyak 34 nyawa terkorban dengan 23 daripadanya di Selangor manakala 11 orang lagi di Pahang.-SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button