BanjirBelang Bertempat

Langit menangis di bulan Disember

SEPANJANG saya tinggal di Shah Alam, Selangor selama 12 tahun dari tahun 2009, tidak pernah saya alami hujan tidak berhenti-henti selama lebih kurang 36 jam, hampir satu setengah hari. Seolah-olah di hujung Disember ini, langit menangis tidak henti-henti. Segala jalan darat untuk keluar masuk ke Shah Alam dan Klang tiba-tiba terputus.

Datuk Jamal Abdillah pun tidak boleh masuk ke kawasan rumah beliau di Shah Alam  yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Tok Jamal pun tidur dalam kereta. Pagi air surut, baru beliau pulang ke rumah.

Tol di Bukit Jelutong ditutup sepenuhnya. Air naik umpama sebuah tasik yang besar. Kereta-kereta terkandas di situ lebih daripada lapan jam.

Ahli-ahli jemaah Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong mengambil tindakan pro-aktif menyelamatkan mangsa banjir.


Panggil mereka berteduh di masjid. Makan minum disediakan. Tempat berehat dan tidur juga disediakan. Tempat mandi dan tandas.

Sesungguhnya masjid yang moden seperti Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah ini bukan sahaja mempunyai ruang untuk solat tetapi dewan untuk mengadakan majlis dan lain-lain kemudahan atau fasilitas seumpamanya. Seolah-olah seperti satu kompleks.

Pembinaan masjid ini sebahagian besarnya adalah sumbangan dari penduduk-penduduk Bukit Jelutong, Sime Darby Property dan Sultan Selangor yang amat bermurah hati.

Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air, hujan lebat seumpama ini selama melebihi 24 jam pada satu kawasan yang sama adalah bersamaan dengan Purata Hujan Dalam Satu Bulan iaitu 30 hari. Perkara seumpama ini berlaku hanya sekali dalam 100 tahun. Amat tidak diduga.

Hujan yang bermula pada malam 17 Disember tidak berhenti-henti di kawasan Shah Alam dan Klang. Taburan hujan juga berada di satu tempat sahaja, adalah amat luas biasa. Fenomena ini berlaku kerana faktor angin monsun dari Laut China Selatan yang bertiup akibat tekanan rendah cuaca.

Faktor cuaca ini telahpun dikenal pasti oleh Jabatan Meteorologi pada 12 Disember lalu dan pada 16 Disember, monsun ini bergerak dari Pahang ke pantai barat iaitu ke Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka mengakibatkan hujan tidak berhenti-henti selama lebih daripada 24 jam.

Kejadian ini amat luar biasa kerana pada kebiasaannya hanya negeri-negeri di pantai timur sahaja yang akan mengalami taburan hujan yang sebegini banyak tanpa henti. Tengahari tadi tiga mayat ditemukan di Taman Sri Muda, Shah Alam. Jumlah kematian semakin meningkat.

Di Selangor tidak diketahui secara khusus kenapa banjir besar seumpama ini berlaku selepas kali terakhir pada tahun 1971 dahulu. Pandemik berlaku setiap 100 tahun. Banjir ini berlaku setelah 50 tahun yang lalu.

Begitu besar dugaan rakyat negeri Selangor kali ini. Baru mahu bernafas akibat tekanan ekonomi berhadapan dengan pandemik Covid-19, datang pula musibah banjir.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor harus melihat semula pembangunan-pembangunan yang dibina sekitar bandar Shah Alam ini terutama di Seksyen 13 berdekatan dengan Stadium Shah Alam.

Ada sebuah apartment dibina betul-betul bersebelahan dengan sungai. Adakah ini reserve sungai?

Dan begitu banyak apartmen-apartmen baru dibina, mengambil tanah yang telah di simpan oleh Kerajaan terdahulu untuk membina infrastruktur sukan.

MSU Universiti juga diluluskan pembinaannya bersebelahan dengan Sungai Damansara.

Adakah ini tindakan yang betul ?

Kita perlukan kawasan reserve sungai yang besar, bagi untuk melebarkan sungai-sungai ini dari masa kesemasa. Agar sekiranya berlaku hujan tanpa henti, sungai yang besar boleh menampung aliran air yang banyak.

Manakala sistem perparitan di kawasan bandar juga perlu dilihat semula dan dinaik tarafkan. Sungai-sungai yang tersekat dengan sampah juga perlu dibersihkan.

Jangan hanya harapkan Kementerian Alam Sekitar dan Air sahaja, ini juga merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan rakyat jelata.

Kebersihan sungai, parit dan alam sekitar adalah sudah menjadi tanggungjawab bersama. – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button