Luar Negara

Selsema burung kembali ‘serang’ China

DADA akhbar hari ini papar berita pengisytiharan penularan wabak Novel Coronavirus di seluruh negara China.

Namun terbaharu, negara tanah besar itu dan dunia diuji dengan penularan wabak selsema burung atau influenza jenis H5N1 dan H5N8.

Wilayah Hunan, China dilaporkan berlaku penularan wabak berisiko tinggi jangkitan Influenza A dekat sebuah ladang di bandar Shaoyang.

Perkara itu disahkan Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, Hang Changfu selepas 4,500 daripada 7,850 ekor ayam di ladang berkenaan dilaporkan mati akibat selsema burung.

HAN CHANGFU

Susulan itu, sebanyak 17,828 ekor ayam terpaksa dihapuskan bagi menyekat penularan wabak tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Channel News Asia, negara lain turut berhadapan dengan situasi sama adalah India.

[BACA ARTIKEL] Coronavirus: China maksimumkan pengeluaran topeng muka — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Ayah menangis lihat anak dikuarantin kerana Coronavirus — Suara Merdeka

Negara itu berhadapan dengan penularan influenza jenis H5N8, memaksa kerajaan India menghapuskan ribuan ayam dan telur yang dijangkiti virus berkenaan.

Dalam perkembangan lain, H5N8 turut dilaporkan menular di beberapa negara Eropah sejak beberapa minggu lalu.

CORONAVIRUS belum reda, selsema burung pula kembali ‘serang’ China.

Pada 2013, China menanggung impak ekonomi sebanyak 6.5 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM26.6 bilion) akibat penularan wabak selsema burung.

Sementara itu, perkembangan terkini penularan wabak Coronavirus di China kini semakin kritikal apabila lebih 300 kematian direkodkan.

Lebih 14,000 kes dilaporkan di seluruh negara. – SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button