Nasionalpilihan

Polis cari Muhammad Sajjad kerana kes tukar nama, jantina dalam kad pengenalan

POLIS mengesahkan sedang mengesan saksi bernama Mohamad Sajjad Kamaruz Zaman libatkan kes pertukaran jantina dan nama dalam kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Mohammad Sajjad dikehendaki kerana dia telah disyaki melarikan diri dan tidak dikesan bagi menghadiri perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

“Perbicaraan tersebut bersabit kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan.

“Muhammad Sajjad adalah mangsa dan juga merupakan saksi dalam perbicaraan yang akan berlangsung pada 14 Julai depan,” katanya.

Menurutnya Muhammad Sajjad adalah saksi penting bagi memberi keterangan ke atas suspek wanita yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam Kad pengenalan.


Tambahnya, Muhammad Sajjad adalah saksi pendakwaan bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes yang sedang dalam prosiding perbicaraan.

Media sebelum ini melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Sajat menangis dalam keadaan bergari. -SM
(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button