Nasional

Boleh bertenang? Macam KKM, DG Hisham tidak pernah hadapinya

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood meminta Pengasas KRA Group Karim Raslan untuk kekal bertenang berikutan peningkatan kes Covid-19 di Sabah.

Dalam ciapan balas kepada Karim, Dr. Jemilah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mempunyai pengalaman dalam menguruskan situasi yang dihadapi kini.

Justeru, Dr. Jemilah meminta agar sokongan dan galakan diberikan kepada KKM dan Dr. Noor Hisham dalam menghadapi situasi yang berlaku di negeri itu.

“Beratus-ratus (kakitangan) telah diterbangkan oleh KKM, lebih ramai sukarelawan tidak lama lagi. Penempatan aktif kakitangan lain juga dilakukan.

“Bolehkah saya minta kekal bertenang dan pengekangan? Macam @KKMPutrajaya dan @DGHisham tidak pernah menangani perkara ini sebelum ini. Bolehkah kita menyokong dan memberi galakkan kepada mereka?” tanya Dr. Jemilah.


Beliau turut meminta Karim Raslan agar mendapatkan maklumat sahih daripada media sosial rasmi KKM dan Dr. Noor Hisham.

“Dan sila dapatkan maklumat sahih dari laman web @KKMPutraja dan taklimat harian oleh @DGHisham,” pinta Dr. Jemilah.

Karim Raslan yang juga merupakan penulis dan kolumnis dalam ciapannya meminta pengesahan terhadap Dr. Jemilah dan Dr. Noor Hisham mengenai laporan sebuah portal kononnya unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu lumpuh.

Portal tersebut mendakwa lebih separuh petugas di unit tersebut dikuarantin akibat jangkitan Covid-19.

“Apa yang sedang berlaku? @JemilahMahmood @DGHisham. Saya sakit sehingga ke gusi membaca berita  seperti ini. Mengapa tidak boleh sediakan kakitangan? Saya ingin melihat peralatan dan kakitangan perubatan diterbangkan ke #kk #sandakan #tawau,”ciap Karim Raslan.

Portal tersebut mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperolehi, seramai 40 daripada 66 jururawat yang menjaga wad ICU terbabit kini terpaksa dikuarantin setelah sekurang-kurangnya seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.

Sumber rapat hospital terbabit juga memberitahu portal itu bahawa kakitangan perubatan tersebut dijangkiti dari luar hospital sebelum mereka kembali bekerja.

Ini menyebabkan wad ICU menjadi tegang di saat pesakit Covid-19 yang kritikal mulai meningkat, yang mana rawatan ICU merupakan jalan terakhir antara hidup dan mati.

Berikutan itu, portal tersebut mendakwa, wad ICU Hospital Queen Elizabeth II kini telah lumpuh, ini memberi kesan kepada kemampuan Hospital Queen Elizabeth I untuk memastikan katil mencukui bagi pesakit Covid-19.

Bagaimanapun Dr. Noor Hisham telahpun menafikan Hospital Queen Elizabeth II lumpuh.

Sebaliknya, hospital itu masih berada dalam keadaan terkawal walaupun dua kakitangan perubatannya disahkan positif COVID-19.

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button