Nasionalpilihan

MT Umno ada kuasa gantung Ahmad Zahid Hamidi

MAJLIS Tertinggi (MT) UMNO mempunyai kuasa untuk menggantung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dariapada jawatan presiden tersebut.

Perkara itu ditegaskan peguam dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman.

Menurut Adnan, MT selaku badan eksekutif parti pada 29 Mei 2009 telah memutuskan sebarang anggota Umno yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehinggalah kesnya diselesaikan.

Katanya, hal ini cadangan jawatankuasa pengurusan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang melaksanakannya.

“UMNO pada 16 April 2009 menetapkan duluan (precedent) dengan menggunakan Fasal 10.10 perlembagaan parti itu untuk menggugurkan Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada jawatan ahli majlis tertinggi.

“Maka Majlis Tertinggi Umno sememangnya mempunyai kuasa penuh bagi menentukan samada jawatan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh digugurkan dan beliau perlu bercuti sehingga kes pendakwaan beliau di Mahkamah selesai atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Adnan, ada beberapa pihak yang mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kewujudan Prosedur Operasi Standard (SOP) Umno yang menetapkan bahawa jika terdapat ahli yang berjawatan tinggi didakwa di mahkamah, mereka perlu mengambil cuti sebagaimana yang dilaporkan media.

Jelasnya, pemimpin atau mana-mana ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatannya di dalam parti dan sekiranya dia berjaya di dalam proses mahkamah, dia akan mendapat kembali jawatannya.

“Zahid dikenakan 45 pertuduhan rasuah, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah hari ini dan beliau memohon dibicarakan.

“Mohamad pula menjelaskan keputusan MT Umno yang berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 2009 ditetapkan untuk melindungi imej parti,” katanya.

Tambahnya, kes Zahid perlu dibincangkan pada peringkat jawatankuasa pengurusan Umno sebelum dibawa kepada majlis tertinggi parti. -SM

(Visited 558 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button