Ekonomi

Filem Web Tahun Baru Cina dari MR DIY bertajuk ‘Wo AI Ni’ menyentuh perasaan

Filem web Tahun Baru Cina “Wo Ai Ni” dari MR DIY kini menyebarkan gelombang kasih sayang ke seluruh negara. Hanya beberapa hari selepas pelancarannya di YouTube, TikTok, Facebook, dan Xiaohongshu,  filem dari peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia tersebut telah menarik lebih dari tujuh juta tontonan, membuktikan kesan positifnya terhadap penonton di Malaysia.

Filem web  selama lima minit 23 saat itu, memaparkan seorang budak lelaki bernama Hong dan keluarganya berkumpul untuk perjumpaan tahunan sempena Tahun Baru Cina di rumah datuk mereka. Datuk mereka yang juga bekas guru besar sekolah yang tegas dan biasanya menekankan disiplin dan rutin seakan ketenteraan itu mengejutkan semua orang pada tahun ini dengan bersikap begitu mesra dengan keluarganya, tidak seperti biasa. Dia memberi pujian, membincangkan kesihatan mental anak perempuannya, dan turut menari tarian trendy bersama cucunya.

Bimbang akan tingkah lakunya yang aneh, keluarganya mula campur tangan dan kemudian mendapat tahu bahawa datuk mereka mendapatkan nasihat mengenai kasih sayang melalui sebuah program kecerdasan buatan [AI]. Filem ini berakhir dengan datuk menjelaskan tindakannya yang besikap sedemikian dan meluahkan kasih sayang kepada keluarganya dengan penuh keikhlasan melalui ucapan ‘Saya sayang kamu semua’.

Menjelaskan rasional filem web ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, “Pada Tahun Baru Cina ini, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kasih sayang adalah perkara yang paling penting, dan salah satu cara yang paling mudah dan bermakna untuk menunjukkan kasih sayang adalah dengan sekadar berkata ‘我爱你 Wo AI Ni’ atau ‘Saya sayang kamu’ kepada orang yang kita cintai. Ia adalah frasa yang membawa banyak makna dan keajaiban, dan menghasilkan memberi perbezaan yang besar secara serta-merta pada hari biasa atau perayaan. Matlamat kami adalah untuk meraikan dan menggalakkan kasih sayang dan belas kasihan dalam kalangan rakyat Malaysia, kerana tiada apa yang mustahil jika kita berkasih sayang. Jadi terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem web ini. Ia amat bermakna untuk kami.”

Filem web ini boleh ditonton di platform rasmi MR D.I.Y. seperti Youtube, Facebook, Instagram, TikTok, dah Xiaohongshu. Tonton versi penuh di sini: https://youtu.be/-YiYKz-Yf90?si=0P_gwv86EBJiqASb.

Filem web ini adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Wo Ai Ni’ MR D.I.Y. bagi Tahun Baru Cina ini, yang juga merangkumi “I Love Promotion” di beberapa cawangan terpilih di seluruh negara, menawarkan pelbagai hiasan unik untuk perayaan serta diskaun bagi pelbagai barangan keperluan rumah. Inisiatif ini berlangsung sehingga 15 Februari 2024. Bagi pelanggan yang ingin mengunjungi MR D.I.Y. PLUS di Pusat Membeli-Belah MidValley Kuala Lumpur, jangan lupa untuk melihat Tanglung Gergasi dan Dinding Ucapan MR D.I.Y..

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Tahun Baru Cina MR D.I.Y., lawati laman webnya di mrdiy.com, platform e-dagang mrdiy.com.my, dan saluran media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button