Ekonomi

Halagel meterai perjanjian persefahaman dengan Wonder 7 Global

Industri halal dunia cecah USD3.3 trilion

NAMA Halagel sebenarnya sudah bertapak di Malaysia selama 23 tahun sebagai jenama rumah atau household branding yang mengeluarkan produk berasaskan softgel. Produk Halagel yang laku keras di pasaran ialah ubat gigi dan yang terbaharu, Kopi Garam Bukit.

Selain daripada dua produk yang disebut di atas, Halagel turut menghasilkan produk garam bukit, gelatin keras, gelatin lembu makanan dan farmasi.

Menurut Pengurus Besar Halagel (M) Sdn. Bhd., Ahmad Mokhzani Ahmad Rodzi, pencapaian terbaik syarikat ialah memasarkan garam bukit yang mana pasaran ini berjaya menduduki tempat teratas dalam negara.

“Produk Halagel juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan negara Timur Tengah.

“Kita juga berjaya masuk ke pasaran Khazakstan tetapi produknya berbeza iaitu kita pasarkan supplement produk iaitu habbatussauda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sidang akhbar hari ini selepas menandatangani perjanjian persefahaman MoU dengan Wonder 7 Global yang diwakili oleh Eric Khor.

Eric juga merupakan Pengurus Besar Wonder 7 Global Asia Tenggara & Greater China.

Turut hadir, Pengerusi Halagel, Datuk Mohd. Radzi dan Ahli Lembaga Penasihat halagel, Datuk Noorazman.

Kata Ahmad Mokhzani lagi, Halagel bukanlah sebuah syarikat multi-nasional dan bergerak dalam keadaan kekangan bajet.

“Itulah antara faktor yang mana Halagel yang melahirkan produk ubat gigi tidak mampu untuk menandingi jenama seperti Colgate (sekadar menyebut contoh jenama,” ujar Ahmad Mokhzani.

Beliau berkata, Halagel mengekspot gelatin  yang boleh dijadikan bahan untuk membuat kek, jeli, ais krim dan kosmetik.

Garam Bukit Himalaya dan Halal Gelatin adalah dua produk tulang belakang kami, katanya lagi.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara wabak Covid-19, kata Ahmad Mokhzani, perniagaan Halagel tidak menurun sangat.

“Bisnes tidak menurun sangat kerana pemasaran dibuat dalam talian (online) tetapi masalah dari aspek production timbul kerana kesukaran mendapatkan bahan-bahan mentah yang tidak boleh dibawa masuk.

“Sasaran keuntungan kasar (turn over) perniagaan akhir tahun ini dijangka meningkat RM5 juta kerana tahun lepas, turn over syarikat ialah sebanyak RM15 juta,” kata beliau.

Sementara itu, Eric Khor berkata, mereka akan cuba untuk memasarkan produk Halagel ke China setelah berjaya menerobos pasaran Filipina, Singapura dan Thailand.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat Wonder 7 Global membawa produk Halagel untuk pasaran Hong Kong, Taiwan dan Macau menerusi rangkaian yang dijalin.

“Sekarang saya tidak boleh ‘terbang’ ke luar negara tetapi semasa sebelum Covid-19, pihak kami ada kolaborasi dengan penganjur Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun.

“Ini kerana pihak penganjur mahu lebih banyak produk halal untuk para atlet di Temasya Olimpik dan Malaysia mampu membekalkan produk halal terbaik,” ujarnya.

Kata Eric lagi, mengapa syarikatnya memilik Halagel untuk diketengahkan di pasaran bukan sekadar urusan perniagaan semata-mata sebaliknya mereka telah mencuba produk-produk jenama Halagel.

“Ya, saya cuba produk Halagel dan sehingga hari ini, saya menggunakan ubat gigi jenama Halagel.

“Kami mengedar produk Halagel sejak 1 Ogos lalu dan hari ini, apabila termeterainya MoU, kita yakin kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” kata Eric.- SM

(Visited 734 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button