Sukan

Doha perkenal logo, slogan Sukan Asia 2030

cURL error 6: Could not resolve host: www.googleapis.com

JAWATANKUASA Bidaan Sukan Asia Doha 2030 hari ini memperkenalkan logo dan slogan yang akan digunakan pada temasya tersebut sekiranya Qatar terpilih menjadi tuan rumah.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, logo dan slogan itu membawa mesej kepada gabungan tradisi dan kemodenan beserta komitmen Qatar untuk bergelar tuan rumah kepada temasya yang membawa warisan Asia.

Logo rasmi dan slogan, ‘Your Gateway’ yang didedahkan kepada umum turut disaksikan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar, Sheikh Joaan Hamad Al-Thani di samping para atlet negara itu dan juga wakil jawatankuasa tersebut.

Sheikh Joaan dalam kenyataannya berkata, bidaan yang dilakukan Qatar adalah berdasarkan keyakinan kuat terhadap sukan yang mempunyai kuasa kepada perubahan sosial, memupuk kedamaian dan saling memahami.

“Peranan unik yang dimainkan dalam sukan boleh mengekalkan hubungan sesama kita dan menjadi inspirasi kepada harapan yang masih ada bagi berdepan pandemik global yang melanda pada ketika ini.

“Malah, ia mampu mengukuhkan keyakinan kami bagi menjadikan Doha sebagai pintu gerbang kepada masa depan yang lebih cerah buat Qatar dan keluarga Olimpik Asia,” katanya.

Jelas beliau, bagi membina warisan Sukan Asia Doha 2006, pihaknya mahu menyampaikan ketahanan inspirasi dalam perancangan Temasya yang mampu menyediakan warisan Sukan Asia yang memiliki masa depan lebih cerah.

“Kami mahu menyampaikan menerusi Sukan Asia bahawa pembangunan sukan melalui benua mampu menawarkan platform yang menghubungkan semua bangsa dan meraikan kedamaian,” ujarnya.

Logo tersebut telah direka bentuk bagi mempamerkan warisan Qatar dan pemandangan semula jadi yang luar biasa dengan budaya yang kontemporari dan pelbagai.

Selain itu, logo tersebut turut menampilkan nuansa berani dan berwarna-warni yang mewakili visi inspirasi impian masa depan yang lebih makmur untuk Asia melalui sukan.

Slogan ‘Your Gateway’ pula mencerminkan kepercayaan Qatar bahawa Sukan Asia Doha 2030 mampu menjadi pintu gerbang kepada masa depan yang cerah buat Jawatankuasa Olimpik Asia (NOC).

Doha 2030 turut menawarkan satu kehidupan yang bebas daripada risiko, kecemerlangan dan kehebatan Temasya itu sendiri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button