Ekonomi

IJM dapat kontrak ECRL bernilai RM258 juta

IJM Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd telah mendapat kontrak bernilai RM258 juta bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Temerloh, Pahang daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd.

Di bawah kontrak itu, skop kerja IJM Construction termasuk pembinaan kerja-kerja substruktur dan kerja-kerja sebahagian struktur atas untuk jambatan Sungai Pahang, fabrikasi T-Beam dan pemasangan jambatan serta lain-lain jambatan di Seksyen 6 laluan rel berkenaan.

“Kerja-kerja pembinaan projek itu dijadualkan bermula pada hujung bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh ia dilaksanakan,” kata IJM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itum ada 31 Mac 2021, nilai perolehan kontrak tertunggak bahagian pembinaan IJM kekal memberangsangkan pada RM4 bilion, mengambil kita pendapatan jangka pendek yang akan diperoleh.

Projek-projek besar yang diperoleh oleh bahagian itu dalam tahun kewangan terkini termasuk kontrak RM89.8 juta untuk pembinaan bangunan infrastruktur dan kerja-kerja awam di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur dan satu lagi kontrak bernilai RM237.8 juta bagi pembinaan menara kediaman Mezzo di The Light City, Gelugor, Pulau Pinang.

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button