JenayahNasional

Kertas siasatan Hadi Awang didakwa fitnah PH diserah pada TPR

KERTAS siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan fahaman komunis dan anti-tuhan sudah diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan itu diserahkan sejak tahun lalu.

“Kita masih menunggu arahan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur seperti mana dilaporkan FMT hari ini.

Pada 10 November lalu, PH membuat laporan polis terhadap Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

November lalu, Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng dilaporkan berkata, Hadi didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan PH dengan fahaman komunis serta anti-tuhan dalam satu majlis di Temerloh, Pahang.- SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button