fbpx
Nasional

Tiada arahan politik diterima berkaitan siasatan terhadap Anwar

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana-mana pihak berkaitan siasatan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan terhadap Anwar dilakukan secara profesional.

“Kita menggesa semua pihak supaua memberi ruang sepenuhnya kepada kami supaya siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil.

“Tindakan tegas juga akan diambil kepada mereka yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, keterangan Anwar yang diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman semalam adalah berhubung penyiasatan ke atas penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen dalam portal MH Daily yang menyokong pemimpin tersebut.

Jelasnya, siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis telah diterima termasuk aduan daripada Ahli Parlimen yang menafikan sokongan mereka terhadap pemimpin itu,” katanya.

Ujarnya, selain itu, Anwar turut dirakam percakapan berkaitan lima kes lain iaitu isu kenyataan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah jatuh kerana kekurangan sokongan majoriti Ahlu Dewan Rakyat.

Turut disiasat ialah kes liwat dan akuan bersemumpah oleh Aidil Azim Abu Adam serta video ucapan mengatakan kedai judi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Anwar turut disiasat berkaitan video ucapan mendakwa terdapat 6.7 juta warga asing berada dalam negara dan sidang akbar penyerahan dokumen sahih kepada Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.

Tambahnya, kehadiran Anwar ke Bukit Aman, semalam ditemani peguam, Ramkarpal Singh serta setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button