Hiburan

Hafidz Roshdi sedang menjalani rawatan Bipolar

Pelakon kontoversi, Hafidz Roshdi mendedahkan bahawa menerima rawatan sejak tiga tahun lepas, susulan masalah kesihatan mental iaitu Bipolar.

Jelasnya, dia masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan yang SEDANG  dialimnya.

“Keadaan kesihatan saya okey, Alhamdulillah.

“Saya sudah rujuk dengan pihak hospital untuk masalah kesihatan mental saya iaitu Bipolar sejak tiga tahun lalu.

“Saya perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat selain perlu check saya punya kestabilan hormon.

Pelakon dengan nama sebenar Mohammad Hafidz Roshdi berkata, masih lagi aktif dalam dunia lakonan walaupun kes perbicaraan dakwaan memukul bekas isterinya, Nurul Shuhadah Mat Shukri masih berjalan di mahkamah.

”Aktiviti seni masih berlangsung seperti biasa. Ada tawaran yang masuk tetapi kebanyakannya masa tidak mengizinkan.

“Tiada masalah sekiranya ada pihak yang nak tawarkan saya berlakon, insya-Allah.

Hafidz berharap agar keputusan yang positif berpihak kepadanya.

“Saya serahkan semuanya kepada Tuhan dan semoga keputusannya yang baik-baik untuk saya.

Mahkamah hari ini telah menetapkan tarikh 6 dan 7 Februari 2024 bagi perbicaraan semula kes berkenaan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu.

Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Pada 2 Mac lalu, Shuhada telah membuat laporan polis di selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Pelakon berusia 29 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.

Artikle Berkaitan :>

Hafidz Roshdi tumbuk isterinya sehingga menyebabkan cacat kekal di bahagian muka

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button