HiburanJenayah

Hafidz Roshdi tumbuk isterinya sehingga menyebabkan cacat kekal di bahagian muka

Pelakon, Hafidz Roshdi sekali lagi berdepan kontroversi apabila didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di bahagian muka sebanyak tiga kali, Kejadian tersebut berlaku di R&R.

Keluarga Shuhada juga mengesahkan Hafidz telah menumbuk isterinya sebanyak 3 kali setelah pasangan tersebut terlibat dalam pertelingkahan di dalam kereta.

Laporan polis juga telah dibuat oleh keluarga Shuhada dan dia terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setelah mendapatkan rawatan, Shuhada dibenarkan pulang dan tidak perlu ditahan di wad. Shuhada juga berada dalam keadaan stabil tetapi masih terkejut di atas kejadian yang berlaku.

Shuhada menerusi IG Storynya tadi juga mengatakan yang dia bakal buka cerita tentang hal ini selepas dia selesai menerima rawatan.

Terdahulu timbul spekulasi Hafidz telah berlaku curang di belakang isterinya bersama seorang perempuan dikenali Athira Yuhada.

Kerana tidak tahan dengan rumah tangga mereka, Shuhada akhirnya memfailkan penceraian.

(Visited 746 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button