Luar Negara

Umat Islam di Karnataka dilarang berhijab

Keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Karnataka

MAHKAMAH Tinggi Karnataka di India menolak semua petisyen yang mencabar perintah kerajaan mengenai hijab dengan alasan ia bukan amalan agama yang penting.

GAMBAR GOOGLE

Semalam umat Islam di India mengecam keputusan mahkamah itu yang mengekalkan larangan berhijab di institusi pendidikan di Karnataka.

Keputusan mahkamah itu susulan bantahan berminggu-minggu yang dibuat terhadap keputusan kerajaan Karnataka yang melarang pelajar memakai hijab di sekolah dan kolej.

Aktivis dan ulama Islam melihat larangan Karnataka terhadap hijab sebagai diskriminasi agama dan pelanggaran hak asasi yang dijamin perlembagaan.

“Keputusan mahkamah akan menyebabkan beribu-ribu gadis kehilangan peluang akademik,” kata aktivis Afreen Fatima.

 

“Ia satu bencana. Kepalsuan mutlak,” kata seorang lagi aktivis, Safoora Zargar.

Karnataka diperintah kerajaan Hindu Bharatiya Janata Party (BJP) yang mana ia menyaksikan peningkatan dalam ketegangan agama.

Editor akhbar komuniti Milli Gazette, Zafarul Islam Khan berkata, ulama Islam harus dirujuk berhubung isu itu untuk menentukan sama ada berhijab adalah amalan agama yang hakiki atau sebaliknya.

“Hari yang menyedihkan untuk hak asasi manusia dan agama di India,” ciapnya di Twitter.

Sebelum keputusan mahkamah, perhimpunan besar di Bangalore dan bahagian lain di negeri ini diharamkan.

Kira-kira 12 peratus daripada jumlah penduduk negeri itu terdiri daripada umat Islam. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button