Luar NegaraSukan

Kobe Bryant, anak perempuan maut nahas helikopter

Sembilan individu disahkan maut dalam nahas helikopter yang turut meragut nyawa bintang NBA, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna Bryant, lapor sumber rasmi Los Angeles semalam.

Sherif Los Angeles, Alex Villanueva berkata, lapan penumpang dan seorang juruterbang maut dalam tragedi itu.

“Tiada siapa yang terselamat. Helikopter itu membawa sembilan individu iaitu lapan penumpang dan seorang juruterbang,” kata Villanueva.

Laporan awal menyebut, pesawat terbabit dinaiki lima individu apabila ia terhempas akibat cuaca buruk di Calabasas, pinggir Los Angeles.

Sementara itu Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti ketika mengesahkan nahas itu berkata, seluruh bandar bersedih dengan insiden tidak diduga itu yang meragut nyawa Bryant, ikon NBA .

“Seluruh Los Angeles turut berduka cita bersama seisi keluarga Bryant, atas pemergian dua insan kesayangan mereka,” kata Garcetti menerusi Twitter.

Gianna adalah antara empat anak bintang lagenda NBA itu bersama isterinya, Vanessa.

Bryant dan Gianna dilaporkan dalam penerbangan ke sebuah perlawanan yang turut disertai remaja berkenaan apabila pesawat terbabit terhempas.

“Seluruh keluarga NBA amat bersedih dengan pemergian penuh tragis Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna,” kata Pesuruhjaya NBA, Adam Silver dalam satu kenyataan berasingan.

Barack Obama berkata, Kobe adalah legenda di gelanggang.

“Untuk kehilangan Gianna adalah lebih menyedihkan kepada kami sebagai ibu bapa.

“Michelle dan saya berdoa dan diiringi kasih sayang buat Vanessa dan seluruh keluarga Bryant,” kata Obama melalui twitter miliknya.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button